Bagi sesetengah orang, penjagaan kereta ini tidak rumit pun. Kalau ada masalah, mereka akan terus ke bengkel dan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tetapi kadang-kala bila tidak diambil tahu, masalah kereta menyisip dalam diam dan kita pun tidak tahu kereta kita bermasalah.
Lagi pun, apa salahnya ambil tahu tentang kereta kita, kan?
Kali ini, kami akan kongsikan tips yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Sebelum itu, kami akan berkongsi terlebih dahulu mengenai minyak pelincir, atau lebih dikenali sebagai minyak hitam.
Minyak hitam berfungsi sebagai pelincir pergerakan, pembersih dan penyejuk enjin.
Bukan itu sahaja, minyak hitam dapat menghalang daripada berlakunya kerosakan kepada enjin anda.
Jadi, sangat penting untuk anda lakukan pemeriksaan berkala untuk pastikan minyak hitam anda berfungsi dengan baik.
Kalau diabaikan, anda boleh menyebabkan pengumpulan kekotoran di dalam penapis minyak enjin.
Sebab itulah sesetengah kereta menghasilkan bunyi enjin yang kuat disebabkan penggeseran antara besi bila minyak enjin berkurangan.
Jadi, apa kaitan minyak enjin dengan menjimatkan minyak petrol kereta?
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut!
Zaman ekonomi tidak menentu ni, semestinya orang ramai ingin menjimatkan penggunaan minyak kereta. Hal ini kerana minyak kereta bukanlah murah.
Oleh itu, anda boleh ikuti tips di bawah:
Walaupun perit untuk diterima bagi sesetengah pemandu, salah satu cara nak jimat minyak adalah dengan pandu secara perlahan.
Memandu lebih daripada 90 km/j akan meningkatkan penggunaan minyak yang sangat ketara.
Untuk perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, kereta menggunakan minyak lebih 10% daripada biasa, 105 km/j akan jadi 15% dan 110 km/j boleh naik sampai 25%.
Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi lebih berat.
Kereta yang berat akan menambah penggunaan kereta sebanyak 5% disebabkan geseran tayar yang berlebihan.
Tahukah anda bahawa ketika mengisi minyak, ia akan mempengaruhi dalam penjimatan minyak?
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas.
Hal ini kerana ketika mengisi minyak kereta pada waktu panas, ia akan menyebabkan wap berlebihan.
Anda berkemungkinan akan nampak wap petrol keluar daripada tangki minyak.
Semakin banyak minyak dalam tangki, semakin kurang kapasiti ruangan udara yang dipenuhi wap.
Jadi, anda akan dapat lebih petrol dalam tangki jika anda isi minyak semasa tangki separuh penuh.
Biasanya orang tutup aircond bila dah terdesak minyak tinggal setekuk dan tidak jumpa stesen minyak.
Amalan ini berkesan untuk menjimatkan minyak kerana penggunaan minyak bertambah 10% bila menggunakan aircond.
Jika anda sudah tahu di mana dan bila nak berhenti terutamanya di lampu isyarat atau bila ada bonggol, perlahankan kenderaan secara beransur.
Jangan brek secara mengejut.
Kadangkala ada yang menekan pedal untuk panaskan enjin tetapi ianya hanyalah satu pembaziran minyak.
Biarkan enjin anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan sebelum memandu sudah memadai.
Perjalanan jarak dekat boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%.
Jadi, kalau nak ke destinasi yang dekat-dekat, elakkan memandu kalau nak berjimat.
Jika ada barangan yang tak diperlukan dalam kereta, keluarkan untuk kurangkan berat kereta.
Penambahan berat sebanyak 50kg boleh meningkatkan penggunaan kereta sebanyak 2%.
Penggunaan minyak boleh naik sampai lebih 50% jika enjin tidak dijaga dengan baik.
Selalukanlah periksa tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara.
Kalau malas atau tidak tahu macam mana, hantar saja ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan minta bantuan mekanik untuk periksa.
Nak tahu bengkel mana yang bertauliah dan boleh dipercayai?
POMEN ini apa?
POMEN merupakan syarikat yang boleh membantu anda jika terdapat masalah pada kereta anda, tak kira di mana pun anda berada.
Antara servis yang ditawarkan oleh POMEN adalah:
Katakanlah kereta anda rosak di tengah jalan, anda boleh dapatkan bantuan tepi jalan dengan POMEN.
Dengan POMEN, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bila-bila masa dan di mana sahaja kerana mereka menyediakan perkhidmatan 24/7/365 di mana sahaja di Malaysia.
POMEN mempunyai rangkaian bengkel kereta yang dipercayai dan berkelayakan di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan terpantas dan paling selamat.
Anda tak perlu risau kerana bengkel dan mekanik di bawah POMEN Merchant semuanya dipilih dengan teliti bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik.
Anda juga boleh menerima status terkini dengan masa nyata dan menjejaki perjalanan bantuan POMEN menggunakan peta melalui Aplikasi POMEN.
Anda dah tak perlu risau setiap kali dalam perjalanan ke mana-mana kerana dengan Aplikasi POMEN, kami bersedia membantu jika anda memerlukannya.
Jangan tunggu lagi.
1 Comment
[…] Jimat Minyak Kenderaan Paling Mudah. Hendak tahu Cara Menjimatkan Minyak Kereta lebih-lebih ketika harga minyak tidak menentu sekarang? Berikut dikongsikan senarai 20 tips cara […]