Musim perayaan menjelang tiba. Anak-anak perantauan di kota pasti akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan bersama keluarga tersayang.
Sebelum anda balik ke kampung halaman, POMEN nak menyarankan anda untuk servis kereta terlebih dahulu demi keselamatan kereta dan diri anda bersama keluarga.
Selain itu, ada 6 perkara yang perlu anda titikberatkan sebelum balik kampung:
Setiap tayar perlu diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk. Perkara seperti ini akan menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam.
Jangan lupa untuk periksa keadaan bunga tayar. Pastikan bunga tayar anda tidak ‘haus’ ya! Anda juga perlu melihat keadaan rim dan galas roda (wheel bearing).
Jika kedua-dua perkara ini tidak berada dalam kondisi terbaik, ia akan menyebabkan komponen suspensi lain akan bergetar.
Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace’ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik.
Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.
Stereng kereta selalu ‘lari’ walaupun bawa kereta di jalan yang lurus? Cuba test sekarang! Kalau ya, ini maknanya kereta anda wajib dihantar untuk buat alignment dan balancing. Lagi-lagi kalau anda ni jenis selalu ‘terlanggar’ lopak di jalan raya.
Ramai juga yang memilih untuk memandu pulang ke kampung waktu malam. Katanya lebih sejuk dan keadaan lalulintas kurang sibuk. Oleh itu, menjadi perkara wajib untuk anda periksa sama ada lampu dan signal anda dalam keadaan terbaik.
Kalau kata lampu malap ke ataupun sudah tidak menyala langsung, maka haruslah ditukar ya! Bukan sahaja demi keselamatan orang lain, malah untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga tercinta juga.
Setiap brake pad mempunyai sebatang plat besi penanda kadar maksimum penggunaanya. Antara tanda brek pad anda perlu ditukar ialah apabila terhasil bunyi geseran antara brek pad dan cakera pad.
Sebaiknya, tukarlah brek pad anda sekiranya penanda tersebut sudah hampir dengan cakera. Ia juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat cakera brek anda!
Bila sebut pasal fluid level, maknanya kena check semua minyak ya untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik untuk travel pulang ke kampung.
Antara yang perlu dititikberatkan ialah minyak brake, cecair penyejuk radiator, (coolant), minyak transmisi, cecair pengelap, cermin hadapan, minyak power steering, dan semestinya minyak enjin.
Tak tahu pasal kereta? Jangan risau, guna je POMEN APP. Apa? Belum download? Download je kat sini: