Pada zaman sekarang, kita lihat semakin banyak ‘scam’ atau penipuan yang terjadi di bengkel kereta dan ini telah menyebabkan kerugian yang besar kepada ramai orang.
Mereka melakukan perkara ini dengan pelbagai cara dan selalu berjaya kerana ramai orang tidak tahu tentang jenis-jenis scam yang berlaku di bengkel.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 5 jenis penipuan yang anda perlu tahu dan tips yang anda boleh ikut apabila anda ke bengkel kereta.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
5 Jenis ‘Scam’ Yang Anda Perlu Elakkan
1. Mengguna Komponen Terpakai
Salah satu perkara yang sering berlaku di bengkel adalah mereka akan menggantikan komponen kereta anda dengan komponen yang sudah terpakai.
Ini sangat biasa kerana kebanyakan orang menganggap bahawa mekanik bengkel itu akan menggunakan komponen yang baru. Oleh itu, mereka akan mengambil peluang ini untuk menipu anda.
Mereka akan menjimat duit dengan banyak kerana anda akan membayar harga untuk komponen baru.
Dengan ini, mereka akan beruntung 100% kerana mereka tidak perlu membeli komponen baru dan akan mengambil barang yang sudah ada di bengkel mereka tanpa pengetahuan anda.
2. ‘Scam’ Lebuhraya
Ini juga perkara yang semakin banyak berlaku di Malaysia. Pomen akan menunggu di jalan raya atau stesen minyak dan akan menunggu peluang.
Mereka akan ke kereta anda dan akan membuat perkara yang jahat seperti membocorkan tayar anda atau memotong komponen dalam enjin semasa anda meninggal kereta.
Apabila mereka melihat anda keliru, mereka akan datang untuk ‘menolong’ anda dan menawarkan servis mereka supaya anda memilih mereka.
Ini adalah taktik yang sangat kotor kerana harga yang mereka minta dari anda juga akan lebih mahal dari biasa.
3. ‘Flush’ Enjin
Mekanik-mekanik di banyak bengkel juga akan menggunakan taktik untuk menipu anda.
Apabila mereka memeriksa kereta anda, mereka akan menyuruh anda untuk melakukan ‘Engine Flushing’ walaupun ia tidak perlu kerana perkara ini tidak perlu untuk kebanyakan kereta.
Jika anda tidak biasa dengan perkara ini, sudah pasti anda akan mengikut kata mekanik itu dan terpaksa mengeluarkan duit untuk servis ini.
4. Harga Yang Berubah
‘Scam’ ini mungkin adalah taktik yang paling lama dan paling banyak digunakan dalam bengkel kereta.
Apabila anda hantar kereta anda ke bengkel mereka, mereka akan menyatakan harga yang anda sudah bersetuju. Tetapi selepas anda meninggal kereta, harganya akan menaik.
Mekanik akan memberi alasan yang banyak untuk meyakinkan diri anda. Dengan ini, anda akan membayar harga yang sudah 2 kali ganda dengan harga asal.
Ini sangat bahaya kerana mereka mungkin akan membuat perkara yang sama jika anda selalu ke bengkel mereka.
5. Promosi Palsu
Apabila kita lihat promosi yang sangat baik, biasanya kita akan terus ke tempat tersebut untuk menikmati harga yang sangat murah ini.
Ini juga berlaku di bengkel di mana mereka akan menawarkan harga yang murah untuk servis seperti pemeriksaan kereta atau servis tukar tayar.
Tetapi apabila sudah selesai, mereka akan memberitahu anda bahawa kereta anda rosak dan memerlukan servis yang lain walaupun kereta anda dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, promosi yang pada asalnya bermula pada harga yang sangat murah, anda akan membayar harga yang lebih mahal dari biasa kerana penipuan mekanik tersebut.
Tips Yang Anda Perlu Tahu Bila Pergi Ke Bengkel Kereta
Untuk mengelakkan penipuan sebelum ini, kami akan memberi anda beberapa tips apabila anda ke bengkel.
1. Membuat Kajian
Sebelum anda ke bengkel, anda perlu membuat kajian tentang harga dan masalah yang berlaku pada kereta anda. Ini untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.
Anda juga boleh mencuba untuk pergi ke beberapa bengkel untuk membandingkan harga servis kereta supaya anda dapat kos yang paling rendah untuk anda.
2. Selalu Servis Kereta Anda
Jika anda selalu servis kereta anda pada masa yang telah ditetapkan, anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak kerana kereta anda sudah dalam keadaan yang baik.
Anda juga sudah tahu apabila mekanik mencuba untuk menipu anda kerana anda sudah selalu servis kereta anda. Ini akan mengelakkan diri anda dari ditipu.
3. Pergi Ke Bengkel Kereta Yang Boleh Dipercayai
Apabila kereta anda mengalami kerosakan, anda dinasihatkan untuk pergi ke bengkel yang anda sudah biasa atau bengkel yang
disyorkan oleh kawan anda atau ahli keluarga.
Ini kerana anda boleh yakin bahawa perkara yang mekanik itu cakap adalah semua betul dan mereka tidak berniat untuk menipu anda.
Ini sangat penting kerana anda boleh pergi ke bengkel ini pada masa hadapan juga.
Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati apabila ke bengkel kereta kerana terdapat mekanik yang akan mencuba untuk menipu anda.
Jika anda mencari servis kereta yang boleh dipercayai , anda patut cuba POMEN!
Kami menawarkan pelbagai servis seperti:
Tidak kira di mana anda berada, anda sentiasa boleh hubungi POMEN!