Apabila kita ke bengkel untuk memeriksa kereta, anda perlu berinteraksi dengan mekanik untuk menjelaskan masalah kereta yang sedang anda dihadapi.
Oleh itu, anda perlu tahu cara untuk berurusan dengan mereka supaya proses semua berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tugas mekanik dan 6 soalan penting yang anda perlu tanya pada mereka jika anda ke bengkel.
Mereka mempunyai tugas yang sangat penting dalam masyarakat kita kerana mereka pakar dalam membaiki pelbagai perkara seperti kereta dan juga kenderaan lain.
Apabila anda ke bengkel, mereka akan bertanggungjawab untuk memeriksa kereta anda dan menentukan jika terdapat perkara yang perlu dibaiki.
Selain dari mahir dalam mengenal semua komponen kereta dan alat, mereka juga perlu berada dalam keadaan yang sihat kerana kerja mereka mengambil tenaga yang sangat banyak.
Jika terdapat banyak kenderaan di dalam bengkel, maka ia memaksa mereka untuk kerja dengan lebih masa untuk memastikan semua dibaiki dengan cepat.
Ia adalah kerja yang sangat letih dan sangat penting kerana servis ini diperlukan oleh semua orang yang mempunyai kenderaan.
Berikut adalah beberapa soalan yang anda boleh tanya kepada mekanik bengkel kereta yang anda kunjungi.
1. Berapa harga servis ?
Sebelum anda pilih mereka, anda perlu tanya harga servis yang mereka kenakan supaya anda bersedia untuk bayar harga tersebut.
Anda juga dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian tentang masalah kereta yang dialami supaya anda boleh lihat harga yang biasanya dicaj untuk komponen tersebut.
Jika harga yang disebut lebih mahal dan sangat berbeza dari apa yang anda sudah kaji, ia mungkin adalah taktik untuk menipu anda.
Ini memberi peluang untuk anda untuk mencari bengkel lain untuk menyelesaikan masalah anda.
2. Berapa lama yang dijangka ambil?
Jika anda sudah bersetuju untuk memilih mereka dan sudah bersedia untuk membayar mereka, anda perlu tanya jangka masa yang akan diambil untuk membaiki kereta.
Ini sangat penting kerana ia memberi peluang kepada anda untuk memikirkan cara untuk berulang-alik ke kerja dan rumah semasa kereta anda dalam bengkel.
Anda juga boleh memilih untuk meminjam kereta rakan atau ahli keluarga anda pada tempoh ini.
Jika anda sudah tahu jangka waktu proses membaiki kereta anda, maka ia akan memudahkan hidup dan urusan anda.
3. Apa kelayakan mereka?
Jika anda risau tentang kelayakan pekerja bengkel tersebut, anda boleh tanya kepada mereka supaya anda tahu jika mereka layak atau tidak.
Ini kerana mereka mungkin hanya belajar tentang komponen kereta dari kawan atau rakan mereka dan tidak menjalani latihan atau mengambil kursus tentang membaiki kereta.
Mereka perlu menyatakan perkara ini kepada anda kerana anda adalah pelanggan yang akan meninggalkan kereta anda dalam jagaan mereka.
Oleh itu, anda perlu memastikan ia akan dijaga dan dibaiki dengan elok.
4. Boleh saya lihat komponen lama kereta saya?
Ini adalah soalan yang penting untuk mengelakkan diri anda dari ditipu oleh bengkel tersebut.
Ini kerana terdapat ramai pekerja yang memberitahu bahawa ada komponen yang perlu ditukar tetapi hakikatnya mereka saja menipu anda dan tidak menukar komponen tersebut.
Ia hanya taktik untuk mencuri duit anda. Jika ini berlaku, anda boleh tanya untuk melihat komponen lama kereta anda supaya mereka jujur dalam servis mereka.
5. Apakah jaminan (warranty) yang diberi?
Kebanyakan bengkel akan memberi anda warranty untuk servis mereka untuk menarik minat anda supaya berurusan dengan mereka.
Oleh itu, anda perlu tanya mereka untuk menerangkan jaminan yang diberi oleh mereka dengan terperinci supaya boleh membuat tuntutan jika terdapat masalah.
Anda boleh merekodkan perbualan antara anda dengan pekerja atau meminta surat perjanjian sebagai bukti pada masa hadapan.
6. Boleh menerangkan masalah kereta saya dengan terperinci?
Salah satu taktik yang akan digunakan oleh pekerja di bengkel untuk menaikkan harga adalah mereka akan memberitahu bahawa terdapat masalah baru yang berlaku ke kereta anda.
Oleh itu, anda perlu meminta mereka untuk menerangkan dengan terperinci tentang masalah yang terdapat pada kereta tersebut.
Jika mereka gagal untuk membuat sedemikian, maka ia sudah terang bahawa mereka sedang mencuba untuk menipu anda.
Anda nak tips penjagaan aircond kereta yang sejuknya berpanjangan? Baca artikel TIPS AIRCOND KERETA SEJUK dan ucapkan selamat tinggal kepada berpeluh dalam kereta.
Servis Kereta Dengan Pomen
Jika anda mencari syarikat yang boleh tolong anda jika terdapat masalah pada kereta anda, anda boleh pilih servis Pomen!
Kami menawarkan servis 24 jam sehari supaya boleh membantu anda bila-bila masa dan juga di mana-mana seluruh Malaysia.
Ini adalah antara perkhidmatan kami:
Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati semasa membawa kereta dengan bengkel dan tahu cara untuk berurusan dengan mekanik supaya tiada masalah timbul.
Jika anda mencari syarikat yang boleh dipercayai untuk membantu anda jika ada masalah kereta, pilihlah Pomen!
Kami berjanji untuk memberi anda layanan dan servis yang terbaik supaya anda boleh kembali jalan dengan masa yang cepat!