Jarang-jarang orang menaiki kereta tak hidupkan aircond. Bila kali terakhir anda servis aircond kereta anda?
Kalau anda dah lama memiliki kereta, pernahkah anda merasakan aircond kereta anda sudah tak sejuk?
Jadi nak buat macam mana? Mestilah kena servis aircond kereta!
Tapi jangan terburu-buru, baca dulu sebab apa anda kena servis dan tips-tips penting untuk terus kekal berasa sejuk sepanjang anda menaiki kereta.
Kalau anda merasakan aircond kereta berfungsi hanya untuk menyejukkan anda semasa berada dalam kereta, anda silap.
Banyak sebab kenapa kereta mempunyai aircond seperti menapis udara dan mengekalkan kelembapan.
Di sini kami senaraikan 6 kepentingan servis aircond kereta.
Pastinya servis aircond andalah untuk pastikan anda sentiasa berasa selesa sepanjang menaiki kereta anda.
Kalau aircond rosak, terutamanya dengan cuaca di Malaysia, pastinya tiada yang akan selesa membawa kereta.
Servis aircond berkala dapat meminimakan potensi penggantian unit yang lebih mahal jadi ia merupakan satu skim penjimatan untuk jangka masa yang panjang!
Anda akan meningkatkan kecekapan dan membantu aircond kereta anda berfungsi dengan lebih baik jika anda servis secara berkala.
Servis berkala dapat mengesan dan menyelesaikan masalah voltan dan penyambungan aircond yang boleh menyebabkan kerosakan berbahaya dan kegagalan sistem.
Menjaga dan menyelenggara aircond anda akan bantu anda menjaga nilai kereta anda jika suatu hari anda bercadang untuk menjualnya.
Jika tidak dijaga dan diselenggara dengan baik, aircond kereta anda boleh mengeluarkan bau yang tidak sedap dihidu yang merupakan petanda udara tidak bersih dan berbahaya.
Jika anda menggunakan kereta anda setiap hari, anda mungkin akan menyebabkan aircond anda terlebih bekerja dan mengundang banyak kerosakan padanya.
Jadi, ikuti 8 tips servis aircond yang kami sediakan.
Jika anda merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena pada aircond kereta anda, jangan tunggu lagi dan terus periksa.
Anda semestinya tidak boleh mengabaikan tanda-tanda amaran awal kerosakan aircond kereta anda.
Terus bawa ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan.
Pastinya ramai yang selalu DIY atau buat sendiri saja bila ada masalah kereta.
Tiada siapa menghalang anda untuk melakukannya sendiri tetapi yakinkah anda bukanlah hanya merosakkannya lagi?
Jangan jadi seperti tikus membaiki labu sudahlah.
Adalah lebih bijak jika anda hantarkan kepada pakar yang berpengalaman serta mempunyai semua alatan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aircond kereta anda.
Tips ini anda boleh lakukannya sendiri.
Biarkan aircond anda berjalan selama 10 minit sekali setiap minggu boleh membantu kekalkan tekanan gas pada tahap maksimum dan pemampatan berfungsi dengan baik.
Untuk lakukannya dengan betul, hidupkan aircond dan tetapkan kepada tetapan paling sejuk dan kelajuan kipas paling tinggi selama 10 minit.
Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan adalah membiarkan defrost mode berjalan selama 5-10 minit.
Tak ramai yang selalu gunakan butang defrost ini sebab cuaca Malaysia sendiri dah panas jadi kenapa nak panaskan lagi?
Dengan melakukan langkah ini, anda boleh menghalang tumbuhnya kulat dan bau hapak dari dalam aircond kereta.
Mod kitaran udara atau ‘recirculation’ dapat mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam.
Bukan itu saja fungsinya, dengan menggunakan mod ini, anda boleh memaksimakan daya operasi aircond maka ia menjadi lebih efisien.
Habuk dan kotoran lain dapat menghalang aircond daripada berfungsi dengan cekap.
Oleh itu, pastikan anda sentiasa bersihkan dan vakum permaidani, tikar, dan tempat duduk kereta anda.
Kalau susah sangat, upah saja pakar untuk servis kereta anda.
Nama pun pakar, jadi anda sememangnya tak perlu risau kerana mereka mempunyai peralatan dan pengalaman untuk servis kereta anda.
Anda juga boleh belajar sedikit sebanyak tentang penyelenggaraan aircond daripada pakar-pakar ini.
Jadi jangan ragu-ragu, hantar saja pada mereka yang pakar!
Penyelenggaran berkala sangatlah penting untuk kereta anda dan anda perlu pastikan para profesional yang berlesen dan dipercayai yang lakukannya.
Mereka akan dapat mengenal pasti jika anda masalah sebelum terlambat.
Kesimpulannya, dalam bab servis aircond kereta, ada beberapa perkara yang anda perlu buat dan jaga, dan selebihnya biarkan pakar yang buatkan untuk anda.
Jika anda meragui, bengkel mana nak hantar, pakar mana yang betul-betul pakar dan profesional dalam servis aircond kereta atau servis kereta sekali gus, jangan risau biar kami bantu.
POMEN ni apa?
POMEN merupakan syarikat yang boleh membantu anda jika terdapat masalah pada kereta anda, tak kira di mana pun anda berada.
Antara servis yang ditawarkan oleh POMEN adalah:
Katakanlah kereta anda rosak di tengah jalan, anda boleh dapatkan bantuan tepi jalan dengan POMEN.
Dengan POMEN, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bila-bila masa dan di mana sahaja kerana mereka menyediakan perkhidmatan 24/7/365 di mana sahaja di Malaysia.
POMEN mempunyai rangkaian bengkel kereta yang dipercayai dan berkelayakan di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan terpantas dan paling selamat.
Anda tak perlu risau kerana bengkel dan mekanik di bawah POMEN Merchant semuanya dipilih dengan teliti bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik.
Anda juga boleh menerima status terkini dengan masa nyata dan menjejaki perjalanan bantuan POMEN menggunakan peta melalui Aplikasi POMEN.
Anda dah tak perlu risau setiap kali dalam perjalanan ke mana-mana kerana dengan Aplikasi POMEN, kami bersedia membantu jika anda memerlukannya.
Jangan tunggu lagi.
Download POMEN App On The App Store Here
Download POMEN App On Google Play Here
1 Comment
[…] nak tips penjagaan aircond kereta yang sejuknya berpanjangan? Baca artikel TIPS AIRCOND KERETA SEJUK dan ucapkan selamat tinggal kepada berpeluh dalam […]