Ada berita baik! POMEN dengan bangganya mengumumkan sebuah kerjasama dengan Direct Lending, sebuah platform pinjaman digital.
Sebagai pemilik kereta, kami faham & kami sendiri telah mengalami kesulitan bila kereta rosak tengah jalan. Kecemasan ni selalu jadi pada masa yang tidak dijangka. Dengan keadaan semasa dan kos sara hidup yang meningkat, kerosakan kereta yang tak dijangka macam ni boleh mengganggu kehidupan seharian anda. Boleh habis duit simpanan!
Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan Direct Lending! Kerjasama ini membolehkan anda untuk membuat pembiayaan (Auto Service Financing) patuh Shariah sebagai pemilik kereta. Dengan adanya pembiayaan ini, anda boleh membayar kerja-kerja pembaikan kereta yang penting dengan serta-merta.
Kerjasama kami dengan Direct Lending membolehkan anda membiayai temujanji bengkel seterusnya & memecahkan pembayaran bil servis atau pembaikan anda kepada 3, 6, 9 atau 12 bulan tanpa kad kredit!
Anda hanya perlukan;
Semua pengguna aplikasi POMEN boleh menikmati pembiayaan dari Direct Lending. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 65 tahun selagi anda mempunyai 2 perkara yang telah kami sebutkan di atas.
1. Pasang & jalankan aplikasi POMEN di peranti anda.
2. Klik sini atau tap banner promosi Direct Lending untuk memulakan proses pra-kelayakan. Anda akan diarahkan ke laman web Direct Lending untuk mengisi borang permohonan.
3. Anda akan dinilai untuk perkhidmatan pembiayaan oleh Direct Lending, tertakluk kepada terma & syarat.
4. Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan dihubungi oleh Direct Lending atau POMEN. Anda boleh meneruskan dengan membuat tempahan perkhidmatan melalui aplikasi POMEN!
5. Dalam lajur “Remark”, sila taip Direct Lending & tekan “Save” untuk memastikan pembiayaan anda digunapakai.
1. Muat turun aplikasi POMEN di peranti anda. Anda boleh muat turun dari App Store, Play Store, dan juga Huawei Gallery.
2. Pilih perkhidmatan yang ingin anda tempah & pilihan bengkel anda.
3. Isi butiran mengikut arahan aplikasi.
4. Sebelum anda tekan “Book Now”, sila isikan Direct Lending dalam lajur “Remark” & tekan “Save” untuk memastikan pembiayaan anda digunapakai.