Bateri ‘kong’ di tengah jalan merupakan masalah yang sering kali berlaku. Jumper kereta adalah salah satu cara untuk menghidupkan enjin yang mati.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk mengetahui cara melakukannya dengan betul dan selamat?
Jika anda tersilap langkah, anda boleh mengalami kerugian sehingga beribu ringgit.
Maka, kami akan kongsikan beberapa tips penting mengenai cara jumper kereta dengan betul. Pastikan anda membaca artikel ini sehingga habis.
Artikel berkait
Bateri Kereta: Tanda-tanda Kong Dan Tips Yang Anda Perlu Tahu
Sebelum jumper bateri kereta anda, berikan perhatian kepada beberapa perkara iaitu;
Ini kerana terdapat sestengah jenis kereta yang mempunyai sistem litar yang sensitif yang tidak disarankan untuk melakukan jump start.
Ini adalah untuk mengelakkan kesan negatif pada bateri kereta anda.
Selain itu, saiz bateri ‘penderma’ juga perlulah sekurang-kurangnya sama atau lebih besar dengan bateri kereta anda.
Dua peralatan yang anda perlukan untuk memulakan proses jump start adalah;
Lazimnya, kabel jumper adalah panjang dan ada klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujungnya.
Klip tersebut terdapat warna hitam yang merupakan kutub negatif dan juga warna merah yang menunjukkan kutub positif.
Terminal positif biasanya lebih besar berbanding terminal negatif.
Sumber kuasa boleh didapati melalui bantuan ‘penderma’ bateri kereta lain ataupun bateri mudah alih.
Bateri mudah alih biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas yang akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang rosak.
Baca juga
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Servis Kereta
Berikut merupakan tutorial jump start kereta yang senang dan selamat.
Untuk mengelakkan daripada terkena lintar pintas, pastikan kedua-dua kereta telah dimatikan enjin dan kunci juga telah ditarik keluar.
Lampu dan radio juga haruslah dipadamkan.
Seeloknya, parkinglah kereta ‘penderma’ berhadapan dan sedekat mungkin dengan kereta anda.
Ini untuk memastikan kabel jumper dapat dicapai oleh terminal positif dan negatif antara kedua-dua kereta.
Walhal begitu, untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini, pastikan juga kedua-dua kereta tersebut tidak bersentuhan antara satu sama lain.
Klip terminal positif kereta yang rosak haruslah disambungkan pada bateri terminal positif kereta ‘penderma’.
Terminal yang ditutupi dengan plastik berwarna merah merupakan terminal positif.
Anda perlu lebih berhati-hati ketika melakukan langkah ini.
Pastikan anda tidak salah sambung terminal dengan betul kerana jika anda menyambungkan terminal positif dengan terminal negatif, kemungkinan letupan boleh berlaku.
Selepas itu, klip kabel jumper berwarna hitam pula perlu disambung pada terminal bateri kereta ‘penderma’.
Kemudian, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta dengan benda logam yang tidak bercat pada kereta yang rosak itu seperti batang bonet hadapan.
Anda perlu hidupkan enjin kereta penderma terlebih dahulu. Biarkannya selama sekurang-kurangnya lima minit.
Tujuannya adalah untuk mengecas semula bateri kereta yang tidak hidup itu secukupnya.
Setelah selesai mengecas, bolehlah anda cuba menghidupkan enjin kereta yang mati sebentar tadi.
Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.
Sekiranya enjin kereta itu masih tidak berjaya dihidupkan selepas beberapa kali cubaan, kemungkinan besar kereta anda mengalami masalah lain selain daripada masalah bateri.
Anda haruslah mengikut urutan berlawanan ketika mencabut sambungan kabel jumper kereta.
Dengan berhati-hati, cabut kabel hitam di kereta yang mati sebentar tadi terlebih dahulu, kemudian barulah mencabut kabel hitam di kereta penderma.
Selepas itu, kabel merah pada kereta yang rosak juga boleh dibuka diikuti dengan kabel merah pada kereta penderma.
Selepas kedua-dua kabel jumper ditanggalkan, lakukanlah pandu uji atau ‘test drive’ kereta anda selama 30 minit bagi mengecaj kembali kuasa bateri.
Ini adalah untuk memastikan bahawa kereta anda sudah betul-betul elok.
Namun sekiranya enjin kereta masih lagi mati, anda perlu pergi bengkel berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
Diharapkan perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk melakukan jump start kereta dengan cara yang betul.
Seeloknya, anda disarankan untuk memeriksa keadaan bateri kereta dari masa ke semasa untuk mengelak dari berlakunya masalah enjin kereta mati di tengah-tengah jalan.
Bukan itu sahaja, pastikan juga bateri kereta anda diganti sekurang-kurangnya selepas dua tahun.
Namun malang tidak berbau, jika anda mengalami masalah kereta di tengah-tengah jalan, anda boleh mendapatkan daripada kami di POMEN.
POMEN mempunyai rangkaian bengkel kereta yang berkelayakan di seluruh Malaysia.
Kami juga menawarkan pelbagai servis seperti:
Tidak hairanlah apabila ia mampu menawarkan perkhidmatan 24 jam di mana-mana sahaja.
Jadi, tidak perlu panik lagi. Dengan Aplikasi POMEN, bantuan akan segera ke tempat anda.