Bateri kereta merupakan komponen utama untuk menghidupkan sesebuah kereta.
Selain untuk menghidupkan enjin kenderaan, ia juga berfungsi sebagai penyimpanan muatan elektrik yang amat berguna apabila enjin tidak berfungsi.
Disebabkan itu, ia perlu ditukar pada waktu tertentu bergantung kepada prestasi dan juga tahap penjagaan pengguna.
Oleh itu, artikel ini akan berkongsi beberapa perkara yang penting mengenai bateri kereta. Jadi, teruskan membaca.
Artikel Berkait
Servis Aircond Kereta: 8 Tips Penting Supaya Anda Terus Berasa Sejuk
Sekiranya anda pernah berdepan dengan masalah bateri kereta, kenderaan anda berkemungkinan sedang menghadapi masalah-masalah ini:
1. Kenderaan Yang Jarang bergerak
Tahukah anda bahawa jangka hayat bateri akan bertahan lebih lama apabila kenderaan itu kerap bergerak untuk perjalanan yang lama?
Jika kereta anda sudah lama tidak digunakan, anda tetap perlu menghidupkan enjin selama 10 minit sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Kalau tidak, bateri kereta anda akan cepat kong yang boleh menyebabkan aircond tidak sejuk.
2. Faktor Cuaca
Cuaca juga memainkan peranan penting dalam penjagaan bateri.
Ini kerana bateri boleh mati begitu sahaja di bawah cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Komponen-komponen lain juga mungkin tidak berfungsi dan ini boleh menyebabkan kereta anda rosak.
Oleh itu, pastikan anda park kereta anda di tempat yang redup seperti di dalam garaj dan bawah pokok.
3. Lampu Amaran Kereta Menyala
Anda perlu sentiasa perhatikan papan pemuka di hadapan stereng.
Apabila lampu amaran bateri kereta timbul di papan pemuka, ini bermaksud caj bateri anda telah menurun ke tahap yang kritikal.
Bateri tersebut sama ada tidak lagi mampu menyimpan caj atau juga tak boleh dicaj dengan baik.
Lebih bahaya lagi apabila simbol bateri tersebut telah berkelip-kelip. Apabila ia berlaku, anda perlu segera periksa bateri anda.
4. Alarm kereta berbunyi tanpa sebab
Semua orang pasti gelabah apabila alarm kereta berbunyi.
Jika alarm kereta anda mula berbunyi secara sendirinya tanpa sebab lain, itu adalah salah satu tanda bateri kereta perlu segera ditukar.
5. Susah nak hidupkan kereta
Kebiasaanya ia akan mengambil masa dalam 3 hingga 5 saat sahaja apabila kita hidupkan enjin kereta.
Tetapi jika anda menghadapi kesukaran untuk hidupkan kereta, ini merupakan antara petunjuk bahawa bateri anda sudah lemah.
Sekiranya anda mengabaikan perkara ini, anda berkemungkinan akan menanggung masalah untuk menghidupkan kereta.
Lebih teruk lagi apabila ia berlaku dalam keadaan terdesak seperti kecemasan, lewat ke destinasi atau sebagainya.
Jadi, amat penting untuk anda tahu cara penjagaan bateri kereta agar dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara penjagaan bateri yang baik.
Artikel berkait
Pusat Servis Kereta: Asyik Kena Tipu Je? Ikuti 10 Tips Ini
1. Pastikan bateri dipasang ketat
Bateri yang tak dipasang dengan ketat dan cara yang betul akan menyebabkan getaran pada bateri.
Getaran pula boleh mengurangkan jangka hayat bateri kerana ia boleh mengakibatkan lintar pintas serta kerosakan pada komponen dalaman bateri.
Selain itu, anda juga perlu kerap memeriksa terminal bateri kereta. Lebih-lebih lagi, kalau anda selalu memandu di jalan yang beralun.
2. Matikan lampu apabila keluar
Bateri boleh mengalami kerosakan yang lebih teruk jika anda membiarkan lampu hadapan terpasang secara tidak sengaja.
Kejadian ini boleh menyebabkan jangka hayat kereta semakin berkurangan dan terdedah kepada pelbagai jenis kerosakan.
Selain itu, ia juga merupakan punca utama kepada terjadinya bateri yang kong.
Jadi, pastikan anda sentiasa ingat untuk tutup lampu kereta jika tidak digunakan.
3. Perjalanan jarak dekat dihadkan
Cara penjagaan bateri seterusnya adalah dengan memandu kereta dengan kerap dalam tempoh yang lama.
Ini boleh menguatkan ketahanan jangka hayat bateri dan mengelakkan bateri cepat haus apabila tidak digunakan.
Kalau kereta anda jarang digunakan, anda tetap kena menghidupkan enjin kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cara lain adalah dengan melaburkan sedikit wang pada pengecas bateri mudah alih di mana anda boleh jump start bateri tersebut tanpa bantuan kereta lain sekiranya kereta mati di tepi jalan.
Mudah, bukan?
4. Bersihkan terminal bateri
Tahukah anda bahawa terminal bateri akan mula terhakis dari semasa ke semasa?
Untuk menjaga bateri, anda perlulah memastikan ia setiasa bersih dari karat atau pembentukan sisa-sisa.
Anda boleh bersihkan terminal bateri dengan menggosoknya dengan berus gigi yang dicelupkan dalam campuran air dengan baking soda.
Gunakan air sejuk untuk membilas cucian tersebut dan kemudian, lapkan terminal itu dengan kain sehingga kering.
5. Penggunaan elektronik yang rapi
Selain itu, penjagaan elektronik dengan betul juga dapat memanjangkan jangka hayat bateri kereta.
Pastikan anda matikan elektronik dalam kereta seperti aircond dan radio jika kenderaan tidak bergerak.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan ‘wear and tear’ pada kuasa bateri anda.
Jika membiarkan enjin kereta hidup dan tidak bergerak pada masa yang lama, bateri kereta anda boleh kong dengan cepat serta menyebabkan kereta tak boleh start.
Artikel Berkait
6 Soalan Penting Yang Anda Perlu Tanya Mekanik
Jika anda tetap mengalami masalah mengenai bateri kereta walaupun telah mengikuti tips di atas, anda boleh menghubungi POMEN untuk mendapatkan bantuan.
POMEN sedia membantu anda dalam apa jua masalah kereta termasuklah service & maintenance, bateri, tayar dan kereta rosak.
Dengan mempunyai rangkaian bengkel kereta yang berkelayakan di seluruh Malaysia, POMEN mampu menawarkan perkhidmatan 24 jam di mana-mana sahaja.
Tambahan pula, Bateriku juga terdapat di dalam aplikasi POMEN! Sekiranya anda membuat penempahan untuk menukar bateri, pihak Bateriku akan menerima notis tersebut. Dengan Bateriku, anda akan mendapat access kepada lebih 100 pitstop milik Bateriku yang bermakna anda tak perlu tunggu lama untuk team Bateriku sampai ke tempat anda!
Tak perlu bimbang atau panik, POMEN akan segera datang memberi bantuan.
Selain itu, POMEN Merchant semuanya dipilih dengan teliti bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik.
Anda juga boleh menerima status terkini dengan masa nyata dan menjejaki perjalanan bantuan POMEN menggunakan peta melalui Aplikasi POMEN.