Sebagai pemilik atau bakal pemilik kereta, terdapat banyak benda yang kita perlu ambil tahu. Salah satu perkara adalah tentang servis kereta.
Ia sangat penting kerana semua kereta akan mengalami masalah pada satu hari nanti dan perlu dicek atau dibaiki di bengkel kereta. Oleh itu, kita perlu tahu serba sedikit tentang perkara ini.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum anda servis kereta anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Di bahagian ini, kami akan menceritakan kepada anda 10 perkara yang anda perlu tahu tentang komponen kereta anda supaya tidak ditipu apabila anda servis kereta.
1. Bateri Kereta
Perkara yang anda perlu tahu tentang bateri kereta adalah kebanyakan bateri boleh bertahan 18 bulan sehingga 2 tahun.
Oleh itu, jika anda baru sahaja tukar bateri kereta tetapi dinasihatkan oleh mekanik bengkel, terdapat kemungkinan tinggi dia sedang mencuba untuk menipu.
Ini adalah taktik yang biasa digunakan supaya anda dapat bayar mereka. Mereka tidak perlu tukar bateri dan hanya akan menipu dan mencuri duit anda.
2. Minyak Hitam
Minyak hitam juga merupakan taktik yang digunakan oleh mekanik untuk menaikkan harga servis mereka.
Mereka akan memberitahu ia perlu ditukar walaupun ia masih dalam keadaan yang baik.
Minyak yang bukan sintetik perlu ditukar setiap 5,000km manakala sintetik setiap 7500km-10,000km. Berikut adalah beberapa tips untuk tahu bila minyak hitam perlu ditukar:
3. Penapis Minyak
Filter atau penapis minyak mempunyai jangka hayat yang sama seperti minyak hitam iaitu 5000km bagi yang tidak sintetik dan 7500-10,000km bagi yang sintetik.
Ia biasanya ditukar bersama dengan minyak enjin supaya ia senang untuk dijaga kerana boleh ditukar pada masa yang sama.
4. Spark Plug
Spark plug kereta boleh bertahan sehingga 30,000-40,000km. Jika mekanik memberitahu anda ia perlu ditukar tetapi baru sahaja sampai 10,000-15,000km, anda tahu bahawa dia tipu.
Jika anda mempunyai jadual servis dengan bengkel yang anda sudah biasa, ia biasanya ditukar setiap 20,000km untuk mengelak masalah berlaku.
5. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Bagi mereka yang menggunakan kereta Auto, ini sangat penting. Ia perlu ditukar apabila ia sudah menghampiri 30,000km. Kebanyakkan bengkel akan tukar ATF pada 20,000km.
Jika ia sudah melebihi 30,000km, ia tidak bagus kerana ini boleh menyebabkan kerosakan pada gearbox kereta anda.
Ini akan menimbulkan masalah lain yang akan menyebabkan anda untuk mengeluarkan duit yang lebih banyak. Oleh itu, anda perlu cakna tentang ATF kereta anda.
6. Timing Belt
Perkara yang anda perlu tahu tentang timing belt adalah setiap kereta mempunyai jangka hayat yang berbeza.
Contohnya, timing belt Proton Wira perlu ditukar setiap 60,000km manakala timing belt kereta Honda boleh tahan sehingga 160,000km.
Anda boleh tengok di manual atau tanya syarikat kereta anda. Jika anda tahu, maka anda tidak akan ditipu apabila mekanik menasihatkan untuk menukar timing belt kerana anda tahu.
7. Pump Air
Jika anda menukar timing belt untuk kali kedua, ia dinasihatkan juga untuk menukar pump air. Ini kerana timing belt perlu dibuka jika ingin menukar pump air.
Oleh itu, ia lebih elok untuk menukarnya pada waktu tersebut untuk mengelak caj tambahan pada masa lain kerana ia sudah dibuka dan boleh dibuat terus.
8. Gear Oil
Bagi mereka yang menggunakan kereta Manual, ia tidak mengguna ATF (Automatic Transmission Fluid) tetapi mengguna gear oil.
Jika terdapat kos servis menukar gear oil tetapi anda mengguna kereta Auto, maka ia sudah tentu bahawa mekanik tersebut sedang mencuba untuk menipu anda.
Untuk mereka yang memiliki kereta Manual, gear oil biasanya ditukar setiap 60,000km.
9. Radiator Coolant
Ia dinasihatkan untuk menukarnya setiap 60,000km. Untuk menjimatkan kos, mekanik akan menggunakan air pair untuk mengisinya dan ini tidak bagus.
Cecair berwarna hijau iaitu radiator coolant adalah pilihan yang paling bagus kerana enjin anda akan panas dengan lebih cepat dan juga tidak mudah mendidih.
10. Brake pad
Jika anda rasa brek anda sudah kurang makan , anda boleh ke bengkel kereta untuk tukarnya. Ia biasanya ditukar setiap 3 atau 4 tahun sekali.
Ini sangat penting untuk mengelak masalah yang boleh timbul jika anda tidak sempat brek kerana brake pad tidak berfungsi dengan baik.
Jika anda mencari syarikat yang boleh tolong anda jika terdapat masalah pada kereta anda, anda boleh pilih servis Pomen!
Kami menawarkan servis 24 jam sehari supaya boleh membantu anda bila-bila masa dan juga di mana-mana seluruh Malaysia.
Ini adalah antara perkhidmatan kami:
Kesimpulannya, terdapat pelbagai perkara yang anda perlu tahu tentang komponen-komponen kereta sebelum anda ke bengkel untuk servis kereta.
Jika anda mencari syarikat yang boleh dipercayai untuk membantu anda jika ada masalah kereta, pilihlah Pomen!
Kami berjanji untuk memberi anda layanan dan servis yang terbaik supaya anda boleh kembali jalan dengan masa yang cepat!