Selalu kita dengar orang hantar kereta ke pusat servis kereta tapi masih lagi banyak masalah lepas keluar bengkel.
Anda pun pernah mengalami masalah yang sama?
Sebagai pemilik kereta, mencari pusat servis kereta yang boleh dipercayai sebenarnya merupakan satu tugas yang mencabar.
Kita pergi ke bengkel kereta bukan hanya untuk tujuan kecemasan atau kerosakan tetapi juga untuk servis berkala.
Tapi nak tahu bengkel mana yang boleh dipercayai bukanlah satu perkara yang mudah.
Jangan risau, ikut sahaja 10 tips ini untuk dapatkan bengkel yang terbaik untuk kereta anda!
Antara aspek yang anda perlu perhatikan apabila mencari bengkel kereta adalah pengalaman, pengetahuan dan reputasi.
Namun, ia bukanlah semudah itu jadi kami nasihatkan anda untuk ikuti tips di bawah:
Salah satu cara yang terbaik untuk mengetahui servis yang ditawarkan oleh sesuatu bengkel itu adalah bertanyakan pelanggan mereka.
Tapi bukannya anda pergi ke satu bengkel dan tanya pelanggan di sana, tapi tanyalah rakan-rakan atau keluarga tentang bengkel yang mereka pergi.
Mereka ini adalah di kalangan orang yang terdekat dan boleh dipercayai jadi semestinya mereka akan berikan komen yang jujur dan cadangan yang baik.
Boleh juga cari bengkel di internet tetapi perlu hati-hati dan pastikan tengok dulu review pelanggan sebelum menghantar kereta anda.
Ada bengkel-bengkel yang ada kepakaran bagi jenama kereta yang tertentu.
Anda boleh cari bengkel yang mengkhususkan servis bagi kereta jenama anda kerana mereka pasti mempunyai mekanik yang berpengalaman membaiki kereta anda.
Semasa anda survey bengkel kereta, cuba tengok jika bengkel itu mempunyai sijil kelayakan untuk membaiki kereta secara sah.
Dinasihatkan untuk memilih bengkel yang memaparkan sijil mekanik dan juruteknik mereka.
Jika anda masih dalam warranty, anda boleh ke bengkel yang berhubungan dengan pengedar kereta anda atau perbaiki di bengkel pengedar kereta anda itu sendiri.
Jika anda ada melanggar warranty, kereta anda mungkin tidak lagi dilindungi di bawah perjanjian itu.
Jika perkara ini berlaku, anda boleh tanya bengkel apa jenis jaminan yang mereka tawarkan jika anda menghantar kereta anda ke situ.
Tips ini sangat penting jika ada kerosakan besar yang memerlukan kos yang tinggi.
Tanya beberapa bengkel harga yang mereka tawarkan dan pilihlah yang sesuai dengan bajet anda.
Ada kelebihan jika menghantar kereta anda ke pengedar kereta anda kerana mereka akan cuba menawarkan kidmat pelanggan terbaik, waranty dan alat ganti kereta yang berkualiti.
Mereka juga mempunyai juruteknik dan mekanik yang sememangnya berkebolehan membaiki kereta anda.
Namun, servis yang baik pastinya datang dengan harga yang agak tinggi jadi jika anda ada bajet yang terhad, carilah bengkel mengikut bajet anda.
Nak cari bengkel yang baik, pergi lawat sendiri bengkel tersebut dan perhatikan jika tempat parkir kereta di situ terdapat kereta yang sama nilainya dengan kereta anda.
Bengkel juga sepatutnya tidak terlalu kotor dan menunjukkan kredibiliti pekerja.
Jika anda dah jumpa bengkel yang mempunyai review dan reputasi yang bagus, cuba hantarkan kereta anda untuk lakukan servis yang kecil seperti tukar minyak hitam.
Cuba servis mereka dan jika anda berpuas hati dengan harga, kualiti dan tempoh servis, barulah anda boleh hantarkan kereta anda untuk perbaiki perkara yang lebih besar.
Bengkel yang paling baik sekali adalah bengkel yang memudahkan anda dari segi jarak, urusan pembayaran dan sebagainya.
Tak guna juga jumpa bengkel yang bagus tetapi jauh beribu batu dari anda.
Kalau susah sangat nak cari pusat servis kereta dan fikir semua ni, muat turun sahaja aplikasi POMEN!
Dengan POMEN, anda boleh cari bengkel terdekat dengan anda untuk servis kereta anda.
Anda juga boleh dapatkan bantuan segera jika kereta anda tiba-tiba rosak di tepi jalan.
POMEN mempunyai jalinan dengan bengkel berkelayakan dan bagus di seluruh dunia untuk memberikan anda servis yang terbaik.
Anda tak perlu risau, POMEN memastikan setiap bengkel, mekanik dan juruteknik di bawah POMEN adalah bertauliah dan berkelayakan untuk memperbaiki kereta anda.
Banyak servis yang ditawarkan POMEN seperti bantuan kereta rosak di tengah jalan, tukar bateri, tukar tayar dan banyak lagi.
Dengan POMEN, anda boleh dapatkan servis di mana sahaja di Malaysia pada bila-bila masa pun.
Yang paling best, anda hanya bayar apa yang dipersetujui antara anda dan bengkel dan pembayaran boleh dilakukan atas talian.
Jangan biarkan pelan perjalanan anda tergendala disebabkan kereta rosak.
Download POMEN App On The App Store Here
Download POMEN App On Google Play Here