Bagi pemilik kenderaan, antara aktiviti tahunan yang wajib dibuat adalah perbaharui road tax kereta dan insurans.
Mungkin ada yang keliru dengan proses yang betul untuk renew road tax sama ada melalui online atau ke pejabat JPJ.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tips dan harga renew roadtax kereta untuk memudahkan anda.
Semoga bermanfaat! Teruskan membaca.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyemak dan mengetahui terlebih dahulu tarikh tamat road tax.
Isi kandungan bagi setiap geran kereta mempunyai maklumat yang lengkap tentang kenderaan.
Sebagai contoh, terdapat info seperti model kereta, tahun kereta dan pelbagai lagi.
Untuk perbaharui road tax kereta bukan sahaja perlu geran kereta tetapi cover note bagi kenderaan anda juga penting.
Hal ini kerana cover note mengandungi maklumat seperti tarikh luput tamat insurans kereta.
Antara perkara yang ramai terlepas pandang adalah memeriksa adakah kereta kita bebas daripada mana mana saman seperti JPJ dan PDRM.
Untuk check saman sangat mudah dan boleh dilakukan secara online.
Pastikan saman dilangsaikan sebelum renew road tax kereta anda.
Sesetengah kereta berkemungkinan akan mengalami susut nilai dalam tempoh tertentu.
Jadi sebagai pemilik kereta, anda perlu mengetahui harga pasaran dan nilai semasa kereta anda.
Sebelum memilih jenis insurans yang diperlukan anda boleh membuat sedikit research untuk membandingkan polisi insuran di Malaysia dan perlindungan tambahan seperti insuran cermin kereta.
Terdapat banyak perbezaan diantara insurans kereta dan roadtax.
Namun kedua-duanya saling memerlukan kerana insurans kereta wajib dihidupkan dahulu sebelum membuat road tax.
Selepas pihak insuran sudah memuat naik status di system JPJ, maka road tax boleh dibuat.
Selain itu, harga untuk insurans berbeza mengikut market semasa tetapi harga road tax adalah sama sepanjang masa.
Insurans kereta boleh dibuat di pejabat pos, agent atau cawangan insurans.
Manakala road tax kereta boleh diperbaharui di beberapa tempat seperti myeg, agent myeg, pejabat pos dan JPJ.
Akhir sekali, insurans kereta wajib dibuat 1 tahun sekali manakala road tax boleh dibuat selama 6 bulan atau 1 tahun.
Kini, semua di hujung jari dengan adanya jaringan Internet.
MyEG adalah platform pilihan yang paling popular dan menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan kerajaan Malaysia dalam talian.
Platform ini diasaskan pada tahun 2000 telah ditambah baik mengikut peredaran masa untuk menjadi platform yang mesra pengguna dan banyak perkhidmatan yang telah ditawarkan.
Hal ini telah menyebabkan platform ini menjadi salah satu pilihan yang paling dipercayai apabila melibatkan pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta dalam talian.
Perbaharui cukai jalan melalui platform MyEG sangat senang. Anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Kemudian anda perlu log masuk ke akaun dan pilih pilihan pembaharuan cukai jalan daripada menu.
Isikan butiran yang yang diperlukan sebelum membuat pembayaran dalam talian dan sahkan pembaharuan cukai jalan kereta anda.
Platform ini juga memudahkan kerana terdapat pilihan untuk perbaharui insuran kereta bersama-sama.
Platform MyEG juga menyediakan perkhidmatan talian dan mempunyai aplikasi mudah alih yang terdapat di Google Play Store.
Kebanyakan diantara kita akan perbaharui road tax di pejabat JPJ.
Namun ketika pandemik Covid-19 telah mendesak kebanyakan pihak untuk beralih kepada dalam talian.
Oleh itu, pihak JPJ telah menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi memudahkan urusan.
Jabatan kerajaan telah menubuhkan portal dalam talian yang dinanti-nantikan iaitu mySIKAP di mana pembaharuan cukai jalan boleh dibuat.
Pemilik kereta akan membandingkan harga insurans yang terbaik dan murah memandangkan insurans kereta adalah wajib di bawah undang-undang Malaysia.
Platform Bjak.my adalah syarikat teknologi yang menawarkan servis membandingkan harga insurans kereta daripada syarikat yang berbeza.
Platform ini boleh membandingkan sehingga 15 syarikat insurans sekaligus.
Anda juga mempunyai pilihan untuk memperbaharui cukai jalan bersama-sama dengan insurans kenderaan anda di halaman pembayaran.
Fatberry platform yang menyenaraikan harga insurans kereta daripada syarikat yang berbeza.
Perbandingan ini dapat memudahkan penggunanya dan platform ini menawarkan perkhidmatan seperti penghantaran percuma dan kod diskaun untuk pembaharuan cukai jalan dalam talian.
Syarikat ini juga membantu pengguna dalam tuntutan insuran.
Kumpulan Tan Chong, atau nama terkini adalah GoInsuran ialah satu lagi platform yang menawarkan pembaharuan cukai jalan dan insurans atas talian. Proses pembaharuan bermula dengan info kereta anda serta butiran peribadi.
Selepas melakukan pembayaran insurans dan road tax, GoInsuran menawarkan penghantaran percuma untuk cukai jalan.
Yang lebih menarik, pembaharuan boleh dibuat dalam masa tiga minit sahaja.
Apabila sudah mempunyai kereta, anda juga mesti akan sentiasa memastikan kereta berada dalam keadaan baik.
Jika anda mencari servis kereta yang boleh dipercayai, anda boleh mencuba dengan POMEN!
Kami menawarkan pelbagai servis seperti:
Servis kereta & maintenance
Penukaran bateri
Servis POMEN untuk menolong anda jika kenderaan anda rosak
Penukaran tayar kereta
Tidak kira di mana anda berada, POMEN sentiasa bersedia untuk membantu.
Layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh simpan dahulu maklumat kami untuk kecemasan.