Rata-rata kenderaan disekeliling kita telah memasang tinted kereta sebagai aksesori tambahan.
Ramai memasang cermin gelap ini atas sebab keselamatan dan keselesaan pemandu dan penumpang.
Sebenarnya ada banyak jenis tinted dan faktor sebelum pemasangan yang anda perlu fahami.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat sedikit sebanyak panduan yang berfaedah.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis tinted kereta yang dijual di pasaran negara kita. Berikut adalah jenis tersebut:
Jenis tinted logam atau nama lain metalize window tint film berfungsi untuk memantulkan cahaya matahari.
Mempunyai banyak lapisan dan setiap lapisan memiliki fungsi yang tersendiri.
Dapat menghalang sinaran UV, memantulkan haba serta menggelapkan cermin bagi mengurangkan rasa panas dalam kereta.
Ini adalah jenis tinted yang sangat efektif dan digemari ramai pemilik kereta di Malaysia termasuk kerana boleh melindungi cermin kereta daripada calar.
Jenis tinted ini atau seramic window tint film tidak mudah pudar, tidak mengganggu isyarat radio dan tahan lama daripada tinted lain.
Boleh menghalang hampir 99% sinaran UV dan haba sekaligus hampir separuh suhu dalaman kereta berkurang.
Harga lebih premium, tinted jenis ini berupaya mengurangkan tahap silau tanpa meningkatkan peratus tinted.
Tinted ini sangat menarik kerana gabungan versi tinted logam dan celup yang ditambah baik.
Tetapi lebih mengganggu isyarat radio berbanding tinted jenis logam.
Dari segi harga tinted ini lebih mahal berbanding tinted celup tetapi lebih murah berbanding tinted logam.
Tinted jenis dyed atau celup adalah paling murah antara jenis tinted dalam artikel ini.
Dengan harga yang murah, hanya mampu menghalang sinaran matahari yang terhad dan mudah untuk pudar.
Di bahagian ini, kami akan menerangkan beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih untuk memasang filem tinted.
Sudah pasti faktor yang paling penting apabila kita memilih untuk membeli sesuatu adalah jenama atau reputasi yang terdapat pada produk tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk memilih jenama atau produk yang mempunyai review yang bagus supaya dapat memastikan kualiti barang tersebut.
Jika anda membeli tinted yang tidak berkualiti atau memiliki jenama yang tidak diketahui, ia mungkin akan menyebabkan anda membazirkan wang.
Anda boleh search jenama tersebut di Google atau media sosial untuk melihat review dan komen daripada pengguna lain untuk tahu tentang kualiti tinted tersebut.
Sebelum anda memilih tinted, anda perlu memastikan produk tersebut memiliki ciri yang bagus seperti memiliki ciri perlindungan asas.
Antara perlindungan asas yang perlu ada pada tinted kereta adalah perlindungan UV (Ultra Violet) dan penangkis haba.
Anda perlu membuat kajian kerana terdapat tinted yang tidak mempunyai ciri asas ni.
Ini membuatkan ia hanya sebagai hiasan kerana tidak dapat melindungi anda.
Untuk pengetahuan anda, tinted yang berkualiti dapat menjimatkan penggunaan bahan api kerana ia dapat mengurangkan sinaran cahaya matahari dari menembusi cermin.
Seterusnya membolehkan ruang kabin kereta anda berasa sejuk kerana tinted tersebut menghalang sinaran masuk.
Anda boleh merujuk kadar Total Solar Energy Rejected (TSER) yang diletakkan di sesuatu tinted tersebut. Semakin tinggi, semakin baik kadar penyingkiran haba.
Anda juga perlu memikir faktor warranty atau jaminan apabila anda memilih untuk memasang tinted kereta. Ini untuk memastikan anda dapat gantian jika terdapat masalah pada produk itu.
Dengan adanya warranty, anda tidak perlu risau kerana boleh mendapat ganti rugi.
Kesimpulannya, semua jenis tinted kereta mempunyai fungsi asas yang sama seperti membantu melindungi sinaran cahaya matahari dan mengurangkan suhu di dalam kereta.
Namun yang membezakan setiap jenis tinted adalah daripada segi kadar keberkesanan dan harga.
Selain itu, sekiranya anda mencari servis kereta yang boleh dipercayai, anda boleh cuba hubungi kami di POMEN!
Kami menawarkan pelbagai servis seperti:
Install aplikasi POMEN di Apple App Store dan Google Play Store sekarang!