Penjagaan kereta adalah penting begitu juga dengan penjagaan wiper yang merupakan antara aksesori yang terdapat pada setiap kereta. Ia berfungsi membersihkan kotoran yang terdapat pada cermin kereta dan memastikan kelancaran perjalanan anda terutama dalam cuaca hujan lebat.Banyak individu kini sering lupa tentang penjagaan wiper,mereka hanya memetingkan penjagaan dalaman kereta namun luaran juga perlu diambil perhatian.
Berikut merupakan tips penjagaan wiper bagi mengelakkan kerosakan cermin dan memastikan cermin serta kereta dalam kondisi baik dan selamat untuk pemanduan.
1. JANGAN GUNAKAN WAKTU KERING
Wiper hanya boleh digunakan pada permukaan basah sahaja jadi jika anda gunakan ia pada permukaan kering, wiper akan lebih cepat haus. Pastikan anda menggunakan pancuran air untuk membasahkan cermin terlebih dahulu sebelum membersihkan habuk dan kotoran yang ada pada cermin.Ini dapat mengelakkan wiper daripada rosak dengan lebih cepat.
2. BERSIHKAN BILAH WIPER
Anda perlu elakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu pada bahagian bawah bilah dengan cara mengelapnya menggunakan kain lembap agar tidak mencalarkan “windscreen”. Buat setiap minggu atau sekurang-kurangnya setiap kali anda mencuci kereta.Dengan cara ini wiper dapat digunakan dalam tempoh yang lebih lama.
3. PASTIKAN CERMIN HADAPAN BERSIH
Seandainya anda sering dan suka menggunakan pengelap cermin jenis mop yang terdapat di stesen-stesen minyak, sila beri perhatian kerana air untuk mengelap tersebut jarang ditukar jadi kemungkinan anda akan menggunakan air yang kotor semasa mengelap cermin kereta.
4. GANTI ATAU TUKARLAH BILAH WIPER APABILA SUDAH TIBA MASANYA
Dicadangkan adalah lebih baik untuk menukar bilah wiper pada setiap 6 bulan. Jika anda lihat wiper anda telah merekah, kering mahupun terbelah, itu menandakan wiper perlu ditukar.Ini bagi mengelakkan kerosakkan pada cermin kereta anda.
ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SERVIS POMEN UNTUK MEMBANTU ANDA KETIKA DALAM KECEMASAN !
Muat turun POMEN App di Google Playstore atau Apple Appstore anda sekarang!