Apabila kita menghantar kereta ke pusat servis, salah satu tujuan utama ialah untuk memastikan kenderaan diservis dengan baik secara berjadual serta jaminan pengilang terpelihara. Namun kadangkala sakit hati apabila beberapa non-critical item ditambah.
Ada beberapa tip yang saya amalkan di pusat servis untuk berjimat.
1. Sentiasa servis tepat pada masanya
Sama ada ikut kilometer, bulan atau mana-mana yang terdahulu. Sekiranya servis berkala pada setiap 10,000km maka jangan lambatkan servis. Jika servis melebihi masa yang ditetapkan, lama kelamaan kemungkinan akan wujud secondary defect yang akan berlaku seperti kehausan enjin dan carbon build up.
2. Ketahui bila masanya rawatan engine flush diperlukan
Apabila servis di awal waktu atau mengikut jadual yang ditetapkan, maka anda sebenarnya tidak memerlukan engine flush treatment. Biasanya produk ini ditawarkan kepada pelanggan yang selalu servis melebihi kilometer yang ditetapkan.
Produk ini digunakan untuk membuang deposit karbon yang terbentuk apabila penukaran minyak enjin yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Saya akan tolak engine flush treatment sekiranya kereta saya mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Tukar battery terminal protector sekiranya perlu
Battery terminal protector biasanya perlu ditukar setiap kali penukaran bateri baru dibuat dan bukannya pada setiap kali servis. Walaupun kos dalam RM 4, kalau sepuluh kali servis boleh jadi RM 40. Kalau bateri baru, saya akan cadangkan untuk pasang.
4. Cuci air filter sendiri untuk lebih jimat
Cabin air filter boleh dicuci sendiri sekiranya rajin. Anggaran kos yang dapat dijimatkan antara RM 31- RM 90 bergantung pada jenama kereta. Tapi kalau dah hitam seperti penapis asap diesel, saya sarankan untuk tukar. Tonton video dibawah untuk melihat cara untuk membersih air filter dengan mudah.
5. Elakkan mendapatkan pencuci cermin kereta
Pencuci cermin kereta antara barang aksesori yang saya akan tolak sekiranya ditawarkan di pusat servis. Saya lebih selesa untuk bersih sendiri di rumah. Biasanya saya gunakan gel pencuci pinggan jenama “Sunlight”. Penggunaan bahan berkos rendah ini sekaligus dapat menjimatkan jumlah kos anda menghantar servis kenderaan.
6. Gunakan injector cleaner sekiranya perlu
Injector cleaner saya akan letak sekiranya saya rasa prestasi enjin seperti kadar pecutan kurang memuaskan, enjin terasa kasar, penggunaan petrol yang tinggi dan kurang power.
Fungsi pencuci ini ialah untuk cuci injector, combustion chamber, valve dan spark plug. Kalau masih dalam keadaan baik, saya tidak akan buat. Kos jimat dalam RM30-50 bergantung pada jenama kenderaan.
7. Elakkan membeli tayar di pusat servis
Tayar yang dijual di pusat servis bagi saya adalah mahal 30-40% berbabding di luar. Kalau dah nak sampai hujung masa penggunaan sesebuah tayar, barulah tayar tersebut dijual dengan lebih rendah. Biasanya saya akan beli tayar terus di kedai tayar.
8. Kumpul baki lebihan minyak enjin
Katakan minyak enjin satu botol 4 liter. Selalunya sebuah kenderaan hanya menggunakan 3.5 liter. Baki 0.5 liter boleh disimpan dan digunakan apabila baki sudah mencukupi. Apabila baki sudah mencukupi, saya akan gunakan kembali baki minyak enjin untuk servis seterusnya.
9. Elakkan menggunakan spark plug premium
Sekiranya enjin anda berfungsi dengan baik menggunakan spark plug biasa dan ditukar setiap 20-30k kilometer, saya berpendapat tidak perlu menukar ke spark plug premium melainkan anda bercadang untuk masuk ke litar perlumbaan.
Spark plug premium ini bagi saya mahal, dan kelebihan yang ditawarkan adalah sangat minima. Feel good effect sahaja. Kalau spark plug ini sangat bagus, kenapa tidak dipasang awal awal lagi sewaktu dalam kilang?
10. Elakkan menggunakan perangkap magnet
Perangkap magnet untuk penapis minyak enjin adalah magnet yang dipasang pada penapis minyak enjin bertujuan untuk memerangkap habuk besi.
ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SERVIS POMEN UNTUK MEMBANTU ANDA KETIKA DALAM KECEMASAN !
Muat turun POMEN App di Google Playstore atau Apple Appstore anda sekarang!
Google Playstore (Android) : http://download.pomenapp.com/
Apple Appstore (Iphone) : http://download.pomenapp.com/