Perbaharui lesen memandu merupakan perkara yang wajib dibuat oleh semua pemandu kenderaan bermotor.
Jika sebelum ini perlu beratur panjang dan menghabiskan masa ke kaunter untuk renew lesen memandu, kini urusan di hujung jari.
Ini kerana, sistem sudah berubah mengikut perkembangan semasa iaitu ke sistem elektronik yang lebih efektik.
Cara ini lebih cepat dan mudah bagi menyelesaikan urusan pembaharuan lesen.
Untuk memudahkan urusan renew lesen, anda boleh melakukan secara online di talian rasmi JPJ iaitu melalui MYSIKAP atau MYEG.
Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang kemudahan yang disediakan di Portal JPJ Online @mySIKAP.
Pengguna boleh renew lesen JPJ secara online disamping melakukan transaksi yang melibatkan kenderaan, motor dan pelesenan pemandu.
Cara untuk renew lesen online:
Namun, lesen yang telah diperbaharui melalui kaedah ini melibatkan pengambilan di kaunter JPJ.
Anda disarankan melakukan pembaharuan lesen melalui portal MYEG jika mahu pengambilan lesen CDL melalui penghantaran.
Pendaftaran dan log masuk:
Pemilik kenderaan boleh memperbaharui lesen mereka pada tempoh paling minima dalam 1 tahun dan paling maksima 5 tahun sahaja.
Jika lesen tidak diperbaharui dalam tempoh 3 tahun, pemilik kenderaan perlu menjalani semula ujian mendapatkan lesen memandu.
Lesen CDL (Competent Driving License) ialah lesen yang dinaiktarafkan daripada lesen P selepas sah untuk 2 tahun percubaan.
Lesen ini boleh diperbaharui semula dengan syarat tidak tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Jika lesen memandu sudah tamat tempoh melebihi tiga tahun, sila ikuti prosedur ini:
Permohonan tukar lesen PDL ke CDL hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh.
Tukar lesen P ke Full di pejabat-pejabat JPJ dan UTC yang berhampiran. Melalui prosedur yang mudah, anda boleh mendapatkan lesen CDL dalam masa beberapa minit sahaja.
Tempoh sah lesen bagi Lesen P atau Lesen Memandu Percubaan (PDL) adalah dalam tempoh setahun.
Anda boleh renew lesen P tamat tempoh dalam tempoh setahun dari tarikh tamat tempoh terakhir.
Jika tamat tempoh lebih dari setahun, kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ.
Lesen L diperbaharui setiap 3 bulan atau 6 bulan jika masih dalam tempoh latihan. Tetapi tidak boleh melepasi agregat dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh lesen L dikeluarkan.
Jika melepasi tempoh berikut, perlu mengulangi semula elemen latihan dan ujian untuk mendapatkan lesen L.
Proses renew lesen P ke CDL tidak boleh dilakukan secara online di Pejabat Pos.
Lesen GDL (Goods Driving Licence) atau dikenali Lesen Kenderaan Barangan juga tidak boleh dilakukan secara online sebaliknya perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.
Lesen L dan lesen CDL yang tamat tempoh boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos, UTC atau melalui online.
Sebagai pemilik kenderaan, menjadi tanggungjawab untuk mempunyai lesen yang masih sah.
Jika perkhidmatan JPJ telah melalui pendigitalan, begitu juga perkhidmatan servis kenderaan seperti POMEN.
Mesti anda pernah mengalami situasi berikut, bukan?
Masalah tersebut boleh diselesaikan segera dengan mengambil perkhidmatan POMEN.
POMEN menyediakan satu aplikasi yang boleh dimuat turun di dalam telefon bimbit anda.
POMEN berupaya menawarkan perkhidmatan 24 jam untuk servis seperti:
Usah bimbang, POMEN mempunyai rangkain bengkel kereta yang berkelayakan dan dipercayai di Malaysia.