JANGAN tertipu dan terus ditipu.Tapi realiti yang ramai selalu ditipu hanya kerana kurang ilmu kereta. Di sini kita kongsi rahsia servis kereta secara ringkas.
1. Minyak Pelincir @ Minyak Hitam
Banyak sangat kes kat bengkel, mekanik ambik botol kosong, refill minyak entah dari mana. Ada kes refill pakai minyak masak tapi harga minyak pelincir. Nasihat terbaik, beli la di stesen minyak. Bagi kereta baru yang first time tukar minyak hitam, sila tukar pada 1,000 km pertama mengikut recommendation pengeluar.
Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ lebih mahal dan sesuai untuk kereta baru (2 tahun kebawah); biasanya ditukar setiap 10,000 km hingga 15,000 km (setiap 6 bulan atau setahun). Minyak pelincir semi-sintetik pulak lebih sesuai untuk kereta lama (2 tahun ke atas); biasa ditukar setiap 5,000 km hingga 10,000 km atau kurang (setiap 3 bulan atau 6 bulan). Manakala minyak pelincir mineral antara paling ‘low quality’ dan selalu ditukar sebelum capai 5,000 km (setiap 3 bulan). Jangan kata semua jenis sama.
2. Minyak ‘Additives’
Sekarang berlambak minyak konon ‘additives’ dikeluarkan pengeluar entah dari mana. Jangan tertipu lagi. Biasanya, mekanik akan bagi ‘suggestion’ untuk letak additives bagi kereta agak berusia atau yang selalu ‘skip’ servis minyak hitam. Jangan main ambik je. Sila pastikan dari pengeluar yang boleh dipercayai. Korang anggap ni macam produk kosmetik. Berlambak produk timbang kilo di pasaran, hasilnya muka rabak. Begitu juga kereta anda. Kalau nak additives terbaik boleh pilih X-1R. Ianya telah disahkan dan digunakan NASA (National Aeronautics & Space Administration).
3. Bateri Kereta
Nak start kereta tapi tak hidup pulak. Sekali tengok lampu kereta lupa nak off semalaman. Boleh lakukan ‘jumpstart’ atau guna ‘car powerbank’ lagi mudah. Boleh beli ‘car powerbank’ online, harga dalam RM80++. Tapi kalau pakai jumpstart atau car powerbank pun kereta tak hidup, tu tandanya bateri dah kong! Bateri ni ada 2 jenis, kering atau basah. Jangka hayat dalam tempoh 18 bulan – 2 tahun. Harga bateri biasanya dalam lingkungan RM180++ bergantung jenis dan jenama bateri. Jenama bateri yang boleh dipercayai pulak macam Bosch atau Century.
4. Timing Chain Atau Timing Belt
Kalau kereta anda guna timing chain, ia tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Biasanya boleh bertahan sehingga 400,000 km. Harga dalam RM 450++ hingga RM800++ tidak termasuk kos servis. Tapi kalau kereta anda guna timing belt, sila check setiap 60,000 km. Kalau kereta jenis SUV macam Honda CRV boleh tahan sampai 160,000km. Harga pulak dalam RM150++ untuk kereta local atau yang import macam Honda boleh cecah RM600++ tidak termasuk kos servis. Cara untuk tau timing belt yang bermasalah, sila siram air pada timing belt yang berputar. Kalau bunyi hilang semasa dibasahi air, maksudnya memang timing belt anda ada masalah dan perlu ditukar segera. Jangan tunggu, sebab lagi parah kos kalau timing belt putus. Boleh rosak enjin dan komponen kereta yang lain. Yang ni boleh buat kos servis sampai ribuan ringgit.
ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SERVIS POMEN UNTUK MEMBANTU ANDA KETIKA DALAM KECEMASAN !
Muat turun POMEN App di Google Playstore atau Apple Appstore anda sekarang!
Google Playstore (Android) : http://download.pomenapp.com/
Apple Appstore (Iphone) : http://download.pomenapp.com/