Apabila anda masuk kedalam kereta anda dengan harapan untuk memulakan hari dengan lancar, tetapi anda mendapati enjin kereta anda tidak berfungsi, ia pasti merupakan satu kekecewaan yang besar. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu rutin harian anda, malah boleh menimbulkan kebimbangan dan tekanan tambahan yang tidak diingini.
Dalam artikel ini, kita akan telusuri beberapa punca yang biasa bagi enjin kereta yang gagal mula dan memberikan panduan langkah demi langkah mengatasinya.
Fungsi utama bateri kereta adalah untuk membekalkan kuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Jadi apabila bateri kereta anda kong atau berada dalam keadaan yang lemah, ia tidak dapat membekalkan kuasa yang secukupnya untuk menghidupkan enjin kereta.
Punca utama bateri kereta boleh kong adalah:
2. Altenator kurang baik – Apabila altenator dalam kondisi yang lemah, pengecasan semula bateri menjadi kurang efisien.
3. Lama tak start kereta – Kereta yang ditinggalkan lama (lebih 3 minggu) menggunakan kuasa bateri untuk alarm tanpa berlaku sebarang pengecasan semula menyebabkan bateri kong.
Memang bunyi punca ni macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan gear lever berada selain dari ‘P’.
Please JANGAN GELABAH dan tukar gear lever anda kepada ‘P’, dan semua akan kembali normal.
Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Starter rosak tidak akan mampu menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab tu kereta tak boleh hidup. Antara tanda awal masalah ini ialah sewaktu anda nak crank kereta anda dia macam tiada bunyi.
Waktu enjin tengah hidup dan kadang-kadang anda mungkin akan terdengar bunyi besi bergesel. Itu maknanya mungkin starter dah mula haus.
Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk start & kereta anda akan semput atau time nak tekan minyak kereta macam semput-semput.
Ini mungkin kerana palam pencucuh rosak jadi palam pencucuh ni dia lambat nak hasilkan percikan api. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru.
Biasanya kereta standard 4 silinder memang akan pakai 4 spark plug, so jangan buat-buat terkejut. Nanti kena ketuk pula dengan pomen. Kalau anda bawa Toyota Alphard yang V6 memang kena pakai 6 spark plug.
Pam minyak atau lebih dikenali sebagai ‘fuel pump’ adalah komponen penting kereta. Tugas fuel pump adalah untuk mengepam minyak daripada tangki kepada enjin.
Untuk mereka yang peka dengan bunyi kereta, kebiasaannya anda boleh dengar bunyi fuel pump kereta ada berfungsi apabila anda memusing kunci kereta anda kearah ON sebelum ignition.
Kereta anda tak boleh start? Jangan fikir lama-lama, panggil je POMEN! Belum download app POMEN? Download je kat sini: