Bukan semua orang tahu tentang cara untuk servis kereta,lebih-leboh perempuan.Namun info ini juga berguna untuk lelaki.
Sebenarnya tak susah pun nak jaga kereta ni,jika ianya diberi perhatian cukup masanya insyaallah tiada masalah.Tapi anda mesti tertanya-tanya apa yang perlu anda servis? Dan bagaimana untuk mengetahui bila waktunya untuk servis kereta tersebut?
Berikut adalah 15 panduan yang boleh kami kongsikan kepada anda yang mungkin sangat berguna kepada anda.
1. Minyak Hitam
Minyak hitam yang bukan sintetik tu perlu ditukar setiap 5,000 km atau dalam tempoh tiga bulan.Jika individu yang menggunakan sintetik,mungkin dalam 7,500 km atau 10,000 km.
2. Filter
Sama seperti minyak enjin.Minyak mineral biasa 5,000 km.Minyak sintetik dalam 7,500 km hingga 10,000 km juga.Maksudnya,bila tukar minyak enji, korang kena tukar juga filter minyak tu sekali (oil filter).
3. Spark plug
20,000 km mengikut schedule maintenance book. Tapi korang boleh sampai 30,000 km hingga 40,000 km,tak ada masalah. Benda ni tak kritikal pun,tapi kalau dah lebih 40,000 km tu tak tukar,maka dia punya electrode pun nak nipis dah,elok lah tukar. Harga dia pun dalam sekita RM 20-25 untuk empat biji.
4. Bateri Kereta
18 bulan hingga 2 tahun,terpulang pada cara penggunaan.Bagi free maintenance battery tak perlu top up air,harganya lebih mahal. Beli bateri kereta daripada jenama yang boleh dipercayai sebab di Malaysia ni ada banyak barangan tiruan. Tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi sangat elok.Jadi,anda harus bijak dalam memilih sesuatu barang.
5. Timing belt
Timing belt ini ikut jenis kereta. 60,000 km untuk kereta Proton Wira,Saga.Proton Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV boleh tahan sampai 160,000 km. Ramai orang tak tahu,sampai saja 60,000 km mereka terus tukar tak kiralah pakai kereta apa pun.
6. Clutch plate
Clucth plate ni perkara subjektif. Kalau ikut pengalaman,hanya tukar bila perlu sahaja atau bila ada simptom ‘clutch slipping’ sewaktu pemanduan. Ini perkara yang susah nak diterangkan kerana ada yang kata bila 100,000 km baru tukar clutch
7. Fuel filter
Tukar bila dah sekitar 40,000 km sekali. Harganya pun murah dalam RM 15-20.
8. Air filter
Ditukar setiap 20,000 km, tapi jika anda tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup dibersihkan sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi anda yang menggunakan kereta auto. Jika tidak ditukar lebih daripada 30,000 km ini boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan sekiranya berlaku, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.
10. Gear oil
Bagi anda yang menggunakan manual gearbox, kereta tidak memerlukan ATF, namun anda harus menggunakan gear oil. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000 km.
11. Brake fluid & Power Steering fluid
Jika anda rajin flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Sebotol RM 15-20 , tukarlah dalam 60,000 km sekali. Jika air radiator anda warna jernih, maknanya pakai air paip biasa. Pakai coolant enjin lebih cepat panas dan tidak mudah mendidih.
13. Air-cond belt/alternator belt
Belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau bahagian ribs dah ada crack-crack halus, maka sebaiknya anda tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar yang lain.
14. Water pump
Ditukar bila anda menukar timing belt untuk kali kedua. Katakan tukar timing belt setiap 80,000 km, jadi apabila menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun sudah hampir tiba. Tukar water pump kena buka timing belt, so kalau buat sekali tak ada extra labor charge.
15. Brake pad
Tukar bila haus atau rasa brek kurang mengigit. Biasanya kereta tiga hingga empat tahun sekali. Minyak brek juga begitu.
Jadi,ini sedikit sebanyak perkongsian yang dapat kami kongsikan dan kami harap info-info yang telah diberikan dapat membantu anda serta memberi manfaat kepada semua penggunaan kenderaan di jalan raya.
ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SERVIS POMEN UNTUK MEMBANTU ANDA KETIKA DALAM KECEMASAN !
Muat turun POMEN App di Google Playstore atau Apple Appstore anda sekarang!
Google Playstore (Android) : http://download.pomenapp.com/
Apple Appstore (Iphone) : http://download.pomenapp.com/
2 Comments
Salam,kalau nak tukar brake pad dgn brake disk kereta persona,range harga berapa ye ??
Hi Puteri, untuk dapatkan harga boleh download pomen app di https://download.pomenapp.com dan request under (BREAKDOWN) dan tulis remark untuk penukaran brake pad dan brake disk nanti kami akan quote harga