Penyelenggaraan secara berkala mengurangkan kemungkinan kerosakan kereta dan membuatkan kereta sentiasa berada dalam keadaan baik untuk menyokong perjalanan. Pemeriksaan tayar dan air pressure sangat penting untuk mengekalkan persistency kenderaan ketika berada di jalan sehingga kadang kala terdapat perkaitan dalam penjagaan kenderaan dan penjagaan bini? Eh? Tang mana yang sama dan berkaitnya??? Ayuh! POMEN ada jawapannya.
Korang pernah dengar tak jaga kereta ni ibarat macam jaga bini? Jawapan pomen, lagi mahal keretanya lagi tinggi lah maintenance bulan-bulan. Sama jugak dengan bini, lagi mahal maharnya, lagi tinggilah maintenancenya. Okay, gurau! Namun ketahuilah tak semua kereta boleh disamakan dengan bini, dan tak semua bini boleh disamakan dengan kereta.
Apa yang pasti kereta perlulah diselenggara dengan baik supaya ia mampu bertahan dan berkhidmat pada kita untuk jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan bini. Ehh… masuk lagi pasal bini… Tapi betullah! Bini ni perlu dilayan dan di’selenggara’ dengan sebaik mungkin untuk prestasi yang tahan lebih lama. Dah macam iklan minyak hitam kereta pulak.
Cerita dia macam ni. Ia seolah enjin kereta rosak, kereta tak boleh nak gerak, sampailah korang hantar baiki atau tukar baru, barulah boleh gerak. Ewah! Macam pantun 4 kerat! Sama jugak dengan bini. Bini sakit, demam cikungunya khabarnya. Habis semua kerja rumah tak boleh nak buat. Aiiii..takkan nak tukar bini baru pulak! Amboiii…So, bila korang ‘selenggara’ bini korang dengan baik, bawak pergi klinik tak pun hospital untuk rawatan, InsyaAllah bila dah sihat barulah bini korang dapat laksanakan tanggungjawab serta tugas sebagai bini dan juga mak pada anak-anak korang dengan sebaik mungkin. Nampak tak banyak relatenya bini dengan kereta.
Bercakap pasal kereta. Bila kereta korang rosak, korang hantar ke mana? BENGKEL…betul? Cari siapa? POMEN….Pandai…Bercakap pasal POMEN ramai yang tertanya-tanya, apa benda POMEN ni? Kalau ikut kamus dewan edisi 10 pomen merujuk pada orang yang baiki kereta. Tak kisahlah lelaki ke perempuan asal expert memulih dan bukan memusnahkan kereta, POMEN lah orang panggil. Tak pernah dengar lagi rasanya orang panggil POWOMEN walaupun tukang baikinya perempuan.
Tapi POMEN yang TF nak story dekat korang hari ni merupakan sebuah apps yang membolehkan pengguna mendapatkan bantuan atau tempahan dari bengkel berdekatan sekiranya kenderaan menghadapi masalah. Aplikasi POMEN beroperasi 24 jam sehari, setiap minggu. So, kalau tetiba kereta korang rosak tengah-tengah malam disebuah jalan yang sunyi sepi ia bukan lagi masalah besar! Guna je apps POMEN.
Baru-baru ini heboh di tweeter apabila kereta proton saga FLX yang dipandu oleh seorang wanita tiba-tiba mengeluarkan letupan kecil dan berasap dibahagian enjin. Lagi haru apabila wanita tersebut hanya berdua dengan anak lelakinya yang masih kecil. Kejadian itu dikatakan berlaku pada waktu malam di Tanjung Karang.
Wanita tersebut bagaimanapun tak tahu mana nak cari pomen sampai terpaksa meminta bantuan rakannya. Rakan beliau kemudian meminta keizinan untuk menyebarkan hal berkenaan di laman sosial tweeter dalam usaha mendapatkan bantuan POMEN dari bengkel-bengkel berdekatan untuk rakannya itu.
Dalam whatsapps chat bersama rakannya, jelas wanita terbabit panik dan tak tahu mana nak cari pomen dekat area situ.
Aha! Dekat sinilah kefungsian apps POMEN. Dengan adanya apps POMEN ia sangat membantu terutamanya bila terjadi sesuatu perkara yang tak diduga sebegini. Namun secara peribadi TF rasa daripada ditularkan dimedia sosial, seeloknya setiap individu di luar sana wajar install apps POMEN dalam phone masing-masing. Prevention and safety come first okay! Bukan apa, bimbang kalau-kalau yang ditunggu pomen sebaliknya yang datang ‘men’ lain…
Cara penggunaan apps POMEN
Untuk hal ini, sekiranya wanita terbabit memiliki apps POMEN, beliau hanya perlu masukkan maklumat tertentu dan pomen-pomen berdekatan yang berdaftar dibawah apps ini akan datang membantu. Jelas, POMEN sentiasa ada untuk anda. Maka bini-bini, suami kepada bini malah orang ramai luar sana bolehlah install apps ini untuk kemudahan anda.
Co-Founder dan CTO POMEN iaitu Nazmi Najib atau lebih mesra dengan panggilan Abami merupakan salah seorang pemenang geran RM500,000 daripada Teraju SUPERB 2020 yang pada ketika itu membawa apps POMEN yang diciptanya untuk dinilai juri-juri professional. Kalau korang nak tahu sebelum berjaya memenangi geran daripada SUPERB, POMEN pernah dinobat sebagai pemenang PETRONAS FutureTech Accelerator Programme sehingga membawa beliau ke Silicon Valley! Walaweyhh…hebat weyh! Malah, POMEN juga merupakan salah sebuah syarikat start-up yang berjaya menerima dana CIP Ignite (II) daripada Cradle.
Sehingga kini POMEN telah dimuat turun oleh lebih 25, 000 pengguna! Ketika negara sedang berdepan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), POMEN menganggap ia bukan satu masalah besar, namun melihat perkara yang berlaku dari sudut positif. Alah..biasalah bila berbisnes, cabaran tu mesti ada. Tapi apa yang terjadi tidak mematahkan semangat orang-orang kuat di sebalik apps POMEN ini. Mereka sebaliknya bangkit mencabar diri serta melihat apa yang berlaku sebagai peluang. Buktinya;
“Selepas PKP pada Mac 2020 yang lalu, muat turun aplikasi POMEN meningkat sehingga 50 peratus! Ramai yang menggunakan kesempatan tersebut untuk melakukan servis kenderaan seperti tukar bateri atau minyak enjin di rumah memandangkan kereta lama tak digunakan.”
Lebih kurang 700 bengkel berdaftar di bawah apps POMEN. Namun setakat ini ia lebih tertumpu disekitar Pulau Pinang, Johor, Lembah Klang dan beberapa bandar besar lain.
Untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan pelanggan-pelanggannya, POMEN turut menyediakan perkhidmatan jejak masa nyata, harga yang telus dan berpatutan serta keahlian percuma untuk pengguna apps. Justeru, sebarang penipuan oleh bengkel tak bertauliah dapat dielakkan.
Pengguna hanya perlu membuat tempahan mengikut masa yang mereka rasakan sesuai menerusi aplikasi POMEN ini.
Ketua Pegawai Eksekutif POMEN Autodata Sdn. Bhd., Syed Zulhilmi Tuan Sharif
POMEN turut berjaya menjalin kerjasama dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia selepas mengupgrade apps mereka pada Mac 2021. Yang paling best terdapat 9 cawangan bengkel PETRONAS AutoExpert di Lembah Klang menyertai senarai utama operasi bengkel berdaftar di bawah apps POMEN.
Haaa lepas ni senanglah korang nak servis atau baiki kenderaan korang. Apa yang korang perlu buat, download je apps POMEN ni secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store. Atau nak senang lagi masuk je website dorang https://www.pomenapp.com atau direct download link https://download.pomenapp.com
Artikel asal : https://thefulus.com/apps-pomen/