Penyelenggaraan kereta atau dalam bahasa mudahnya, servis kereta adalah satu aktiviti yang penting untuk memastikan prestasi kereta anda berada pada tahap yang terbaik.
Lain orang lain ragamnya, begitu jugalah keperluan setiap pemilik kereta yang berbeza. Ada yang betul-betul mengikut buku panduan yang diberikan pengeluar namun, ada juga yang mengikut suka hati saja.
Kekerapan dalam menyervis kereta anda tidak disyorkan . Namun bagi mereka yang patuh buku panduan, kalau boleh jangan terlepas waktu penyelenggaraan kereta anda.
Artikel ini adalah sekadar panduan bagi servis biasa. Servis biasa hanya merangkumi aspek menukar minyak enjin dan pemeriksaan berkala terhadap komponen yang relevan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kekerapan penukaran minyak.
Secara konvensional, anda disarankan untuk menukar minyak pada kekerapan sejauh 5,000 km apabila menggunakan minyak enjin jenis mineral atau semi sintetik (semi synthetic). Bagi minyak sintetik penuh (full synthetic) pula, jarak perbatuan anda boleh pergi sejauh 10,000 km.
Sungguhpun begitu, dengan teknologi masa kini, kekerapan penukaran minya seperti yang dibincangkan sebentar tadi tidak lagi relevan. Kesemua jenis minyak enjin (mineral, semi synthetic dan full synthetic) boleh digunakan sehingga jarak perbatuan 10,000 km.
Perbezaan jenis minyak enjin tidak lagi terhad pada kekerapan penukaran minyak. Kini, kekerapan penukaran minyak lebih banyak dipengaruhi oleh tahap kualiti perlindungan enjin, pengurusan haba dan pelinciran.
Kami menyarankan untuk mengikut label yang tertera pada minyak enjin yang anda beli. Guna kecerdasan anda untuk memilih sendiri minyak apa yang sesuai dengan gaya pemanduan anda.
Jika kereta anda selalu terletak di dalam garaj tanpa ke mana-mana dengan jarak pemanduan yang rendah setiap tahun, anda tetap perlu menukar minyak hitam mengikut masa yang ditetapkan dalam buku panduan.
Selalunya masa menukar minyak hitam bagi kereta dalam keadaan tersebut adalah sekitar 6 bulan, atau paling lama pun 12 bulan. Termasuk kereta Proton dan Perodua.
Tidak kiralah 6 bulan atau 12 bulan, jenis minyak enjin atau jarak pemanduan rendah, harus ditegaskan supaya jangan terlajak untuk menyelenggara kereta anda.
Hal ini kerana, minyak enjin merosot mengikut masa walaupun kereta anda tidak digunakan. Kebanyakan enjin memerlukan enjin yang elok untuk bergerak justeru itu disarankan agar anda ikut sela masa yang ditetapkan.
Secara ringkasnya: Jika anda sering memandu, kekerapan menukar minyak adalah mengikut jarak perbatuan anda.
Jika anda jarang memandu, kekerapan menukar minyak adalah mengikut sela masa yang disarankan buku panduan atau 6 bulan atau 12 bulan.
ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN SERVIS POMEN UNTUK MEMBANTU ANDA KETIKA DALAM KECEMASAN !
Muat turun POMEN App di Google Playstore atau Apple Appstore anda sekarang!
Google Playstore (Android) : http://download.pomenapp.com/
Apple Appstore (Iphone) : http://download.pomenapp.com/