APLIKASI telefon pintar, POMEN telah dipilih PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia sebagai platform atas talian untuk rangkaian bengkel PETRONAS AutoExpert. Kerjasama ini menjadikan 9 cawangan bengkel PETRONAS AutoExpert memasuki senarai bengkel berdaftar aplikasi POMEN.
POMEN adalah satu aplikasi telefon pintar yang menyediakan ekosistem bantuan 24 jam/7 hari seminggu kepada pemilik kenderaan. Hanya melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat tempahan untuk mendapatkan servis kenderaan mereka pada bila-bila masa.
Mula beroperasi sejak 2019, aplikasi ini telah dimuat turun lebih 20,000 pengguna telefon pintar dengan 50% peningkatan sejak PKP pada Mac 2020. Antara servis ditawarkan ialah perkhidmatan servis kenderaan, penukaran bateri atau jump-start, penukaran tayar serta kerosakan kenderaan. Pengguna juga menerima jaminan seperti perkhidmatan jejak masa nyata, ketelusan harga dan keahlian percuma untuk mengelakkan risiko penipuan.
Kini, terdapat lebih 600 bengkel berdaftar dalam aplikasi POMEN bertempat di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, serta beberapa bandar-bandar besar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store atau secara terus di https://download.pomenapp.com
Artikel asal : https://pandulaju.com.my/aplikasi-telefon-pintar-pomen-jalin-kerjasama-dengan-petronas-autoexpert/