Bagi mereka yang memiliki kereta, tekanan angin tayar kereta merupakan satu perkara yang sangat penting untuk menjaga tayar dan kereta mereka supaya ia rosak.
Tetapi ramai orang tidak mengambil berat tentang perkara ini dan ia menyebabkan kerosakan yang memaksa mereka untuk mengeluarkan wang yang banyak.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang tekanan angin tayar kereta serta beberapa tips untuk menjaga tayar anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Anda boleh menjimatkan wang jika anda tahu waktu untuk mengisi angin tayar kereta.
Untuk kebanyakkan jenama tayar dan saiz tayar, ia mempunyai jangka masa yang berbeza kerana masing-masing mempunyai ciri yang tersendiri.
Namun, anda dinasihatkan oleh pakar untuk cek tekanan angin tayar kereta setiap dua minggu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Dengan cara ini, anda dapat menjaga tayar kereta serta elak daripada masalah yang disebabkan oleh kekurangan tekanan angin tayar kereta.
Anda perlu tahu bahawa menjaga tekanan angin tayar kereta anda tidak akan menjamin tayar anda akan dalam keadaan baik selamanya.
Pada waktu yang akan datang, anda terpaksa mengeluarkan duit untuk menukarnya. Berikut adalah beberapa tanda yang anda boleh tengok untuk tahu jika tayar kereta anda perlu ditukar.
1. Tayar Tidak Mencengkam Dengan Baik
Apabila tayar sudah digunakan untuk jangka yang lama, ia akan menyebabkan banyak masalah seperti kualiti cengkaman tayar semasa brek.
Perkara ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan anda tidak dapat berhenti dengan elok serta memberi risiko kepada anda terutamanya di jalan raya.
Jika anda mengalami masalah ini, ia mungkin adalah masa untuk anda menukar tayar kereta anda.
2. Bunga Tayar Haus
Bunga tayar kereta adalah sangat penting kerana ia dapat membantu anda untuk memandu terutamanya apabila jalan licin semasa hujan.
Jika bunga pada tayar kereta haus, anda disarankan untuk menukarnya dengan cepat kerana ia boleh mengundang bahaya kepada anda dan juga pengguna lain.
3. Tayar Berlubang
Untuk sesetengah situasi, tayar kereta yang mempunyai lubang atau bocor boleh ditampal di kedai dan boleh menjimatkan duit anda dengan banyak.
Tetapi jika ia berlaku dengan banyak kali atau mempunyai tempat bocor yang besar, maka ia perlu ditukar.
Ini kerana tekanan angin tayar kereta tidak akan kembali seperti asal dan sentiasa akan berada pada tahap yang rendah.
Ini akan menyebabkan tayar anda pancit dan boleh menyebabkan kemalangan jika ia bocor semasa anda memandu di jalan bersama pemandu lain.
Bagi mereka yang sering mengeluarkan duit untuk menukar tayar kereta mereka, anda boleh ikuti tips-tips kami untuk menjimatkan wang anda.
1. Menukar Posisi Tayar Kereta
Setiap 6 bulan, anda dinasihatkan untuk menukar kedudukan tayar anda untuk mengimbangi keadaan tayar kerana ia boleh menjaga tayar dari mengalami kerosakkan.
Ini bermaksud menukar tayar depan dengan tayar belakang supaya dapat memanjangkan jangkat hayat kerana tayar anda tidak akan haus dengan cepat.
2. Balancing dan Alignment
Ini juga merupakan langkah yang sangat bagus untuk diambil untuk menjaga tayar kereta anda. Anda boleh menghantar kereta ke bengkel berdekatan untuk servis ini.
Anda dinasihatkan untuk melakukan servis ini setiap 10,000 KM perjalanan supaya anda dapat mengelakkan kerosakkan atau risiko di atas jalan raya.
Anda juga boleh melakukan servis ini dengan lebih cepat jika kereta anda tidak seimbang semasa anda sedang memandu.
3. Menguji Ketebalan Bunga Tayar
Ketebalan bunga tayar anda juga merupakan tanda jika terdapat masalah pada tayar kereta.
Tayar yang baru biasanya akan memiliki kedalaman bunga sebanyak 8mm. Jika ia berkurang dari 3mm, anda perlu berhati-hati kerana sudah tiba masa untuk menukar tayar kereta.
Ini kerana tayar kereta anda bakal haus sepenuhnya dan ini akan menyebabkan masalah apabila anda memandu di atas jalan raya.
4. Menjaga Tekanan Angin Tayar Kereta
Seperti yang diterangkan di awal artikel ini, menjaga tekanan angin tayar kereta anda merupakan satu cara yang bagus bagi mengelakkan tayar anda dari mengalami kerosakan.
Jika anda tidak tahu cara untuk periksa tekanan angin tayar kereta, anda boleh meminta rakan yang lebih mahir tentang perkara ini atau terus ke bengkel.
Kesimpulannya, tekanan angin tayar kereta merupakan perkara yang sangat penting untuk diambil tahu oleh pemilik kereta kerana ia boleh menyebabkan masalah yang besar.
Jika anda mencari servis kereta yang boleh dipercayai , anda patut cuba POMEN!
Kami menawarkan pelbagai servis seperti:
Tidak kira di mana anda berada, anda sentiasa boleh hubungi POMEN!